FRIENDSHIP

FRIENDSHIP
Good friends are hard to find, harder to leave and impossible to forget

Sunday, 22 June 2014

MATERIALISTIC

Boy : Marry me.. ?
Girl: Do you have a house..?
Boy : No..
Girl: Do you have a BMW car.. ?
Boy : No..
Girl: How much is your salary.. ?
Boy : No salary.. but,..
Girl: No but. You have nothing.. How can i
marry you.??
Leave please.!
Boy: (talk to himself) I have one villa, 3
property lands, 3 Ferrari, 2Porsche.. Why I
still need to buy BMW.?! How can I get the
salary when actually I am the BOSS


RAMADHAN TIBA ! RAMADHAN TIBA !




Selamat malam semua. Pejam celik pejam celik lagi 6 hari kita sebagai umat Islam nak menyambut Ramadamn Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Kepada yang belum ganti puasa, cepat2 la ganti yer.



Yang dibawah ni adalah antara perkara sunat ketika puasa. Mari lakukan yukkk.. Semoga kita beroleh pahala pada bulan yang mulia ini. 



Dah lupa ker niat dan doa buka puasa. Jeling2 la di sini yer. (haha). Promote pulak. Tak laku buat cara tak laku. (emo tetiba)

Jom nyanyi sikit.

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X



Dah la. Tak tawu nak tulis ape dah. Ape2 nak ucapkan Selamat Berpuasa. (haha, awal nyer). Maklumla budak hyper-excited. 

HARGAI MAKANAN KITA


Di Malaysia, kita jarang mengalami kes kebuluran, tetapi yang sering kita membazirkan makanan. Makanan merupakan sebahagian keperluan asas yang perlu dinikmati setiap pengguna, tetapi ramai orang di dunia ini tiada peluang untuk mendapatkan hak ini.  Hargai makanan anda, habiskan setiap makanan. Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan. Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari. 

mayat ibu diheret tanpa mengetahui ibunya telah mati akibat kehausan dan kelaparan di Somalia
kekurangan makanan, ubat-ubatan


Jika kita tak mampu untuk habiskan makanan tersebut memadai hanya memesan makanan mengikut keperluan anda. Negara lain yang turut mengalami krisis makanan adalah: Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Chad, Congo, Korea Utara, Republik Demokratik Congo, Eritrea, Ethiopia, Guinea, Pantai Gading, Kenya, Liberia, Sierra Leone, Tajikistan, Uganda dan Zimbabwe .

kebuluran di India
pembaziran makanan di Malaysia





Tatkala Rakyat Malaysia dapat menikmati makanan yang enak-enak, pernahkah kita terkenangkan masyarakat dunia yang lain. Tetapi apabila nikmat makanan diberikan kita pula membazirkannya. Tidakkah kita terfikir suatu hari nanti Allah SWT menarik nikmat itu? Fikir-fikirkan lah wahai Malaysians sekalian. Sama-sama lah kita muhasabah diri. Jangan ingat keselesaan kita di Malaysia adalah selama-lamanya. Jadilah manusia yang bersyukur. Peringatan kepada diri sendiri juga. -peace-. xoxo 


kebuluran di Somalia









FIRST TIME KE CINEMA


Dol nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter tiket, Dol beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Dol datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket.


Kemudian, Dol datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"

Dol menjawab, 
"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer.." (lol)





SELAMAT HARI LAHIR KENGKAWAN !!

Assalamualaikum. Selamat Petang !


Di kesempatan ini, saya Nur Aliah Hazirah ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada kawan-kawan yang lahir pada bulan Jun. Bukan semua yang ingat, kawan asasi jer. Kawan sek ren ker, sek men ker sume dah tak ingat. Dulu rajin la menghafal tarikh-tarikh ini. Tapi sekarang dah meningkat dewasa ni, mudah pelupa. Makan semut banyak kot. Haha. By the way, happy belated birtday to Ratna Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki yer. May all your wishes come true. Semoga bertemu jodoh yang baik. Dan yang paling penting jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Jangan risau semua memori indah kita akan tersemat dalam hati. Pegi jalan sama-sama. Daki tangga palam sama-sama. Yang pasti kau paling lambat. Semoga nanti dapat menjadi sebahagian daripada rakyat Terengganu. Happy Belated Birthday Ratna. 


Dan pada tanggal 22 Jun 1995 lahir pula seorang classmate bernama Nur Amalina. Walaupun kita tak rapat, tapi kita penah jer bekerjasama dalam group lab chemistry sem 1. Happy Birthday to Amalina. Semoga menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat. Jangan lupakan saya yer. Haha. May all your wishes come true. Good luck for your future. 
And the last one, Nur Azizah A Rahman. Yeay ! Happy Birthday la Azizah. Awal pulak wish. Rindu pulak budak kecik ni. Sama-sama naik turun tangga. Haha. Semoga berjaya di luar nanti. Entah bila la nak sampai Johor. Good Luck for your future. Have a nice day. Happy holidays. 


Thanks for being my friends. The moments we had together will be kept deep in my heart. 


Friday, 20 June 2014

I MISS YOU DAMN MUCH



The person I used to call 'mak tok' had passed away last year on February. I cried when you passed away but I still cry today. Seorang yang amat sayangkan cucu-cucunya. Banyak kenangan bersamanya. Aku dijaga olehnya semasa abah and mama g keja. Disebabkan time aku form 1 and 2 sekolah aku dekat jer nan rumah arwah, 'tok ayah' a.k.a grandpa yang hantar aku ke sekolah. Sebelum ke sekolah arwah masakkan makanan dekat aku. Kejutkan aku tido. Sebab time tu aku sekolah pada sesi petang. Time minggu peperiksaan dia temankan aku study even dia tak tawu satu benda pon yang aku study. If dapat result gempak, aku selalu dapat hadiah. (haha). 5A- UPSR. 8A-PMR.

Cuma masa result SPM keluar aku tak sempat nak tunjuk dkt dia Result SPM keluar lepas sebulan dia meninggal. Alangkah best nya kalau dia ada lagi time tu. Dia penah pesan nanti besar jadi doktor. Boleh jaga dia time sakit. Tapi tak sempat pon aku tunaikan. I'm sorry. Tapi sekarang ni aku pulak yang tak minat doktor sebab ad biology. Me more to physics and maths.Time makan kalau dia masak ikan terubuk. Ikan terubuk kan banyak tulang, dia yang tolong asingkan tulang2. Manja sungguh. Haha. Kalau ada gosip2 ker mesti cerita dekat dia. Ajar dia main game. Dulu masa kecik aku ingat lagi, time tu zaman karton Teletubbies. Masa aku umur dalam 5 tahun mcmtu, dia lukiskan aku warnakan. Pukul 8 jer tunggu depan tv nak tgk Teletubbies.

The red one was her favourite.

To let you know that i'm missing you whenever we are aprt and i'm feeling all alone. I close my eyes and think all the happiness we'd together. You're always here with me. Kadang-kadang tu aku terpikir kenape la alam sana takda fon. Kalau ada boleh kol selalu kan, mak tok ? But it's totally impossible. We miss you damn much. Especially your dear hubby. Missing of you totally drive him crazy. But I know he's a strong tok yah ever. You should know him better, right?  Although I loved you dearly, I couldn't make you stay. There are moments in life when you miss someone so much that you just wanna pick them up from your mind and hug them. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin. 

IT'S ALL ABOUT WOMEN

What will happen if one day, women rule the world ? Is it better than men ? Now, let's take a look at this picture. (lol). Is it true, women ? 



All petrol stations will become more attractive with pink-purplish colour. 



Superman will turn into Kittyman. Who knows ?



Even the toilet

Thanks for all readers. It's just a joke. 

BANK MANAGER SMARTER THAN ROBBER






There was this robbery in Guangzhou, the robber shouted to everyone: “All don’t move, money belongs to the state, life belongs to you”.



Everyone in the bank laid down quietly. 



This is called "Mind Changing Concept --> Changing the conventional way of thinking".
-------------------------------------------------
One lady lay on the table provocatively, the robber shouted at her "Please be civilised! This is a robbery and not a rape!"

This is called "Being Professional --> Focus only on what you are trained to do!"
-------------------------------------------------
When the robbers got back, the younger robber (MBA trained) told the older robber (who is only primary school educated), "Big bro, let's count how much we got", the older robber rebutted and said, "You very stupid, so much money, how to count, tonight TV will tell us how much we robbed from the bank!"

This is called "Experience --> nowadays experience is more important than paper qualifications!"
-------------------------------------------------

After the robbers left, the bank manager told the bank supervisor to call the police quickly. The supervisor says "Wait, wait wait, let's put the 5 million RMB we embezzled into the amount the robbers robbed".

This is called "Swim with the tide --> converting an unfavorable situation to your advantage!"
-------------------------------------------------

The supervisor says "It will be good if there is a robbery every month".

This is called "Killing Boredom --> Happiness is most important."
-------------------------------------------------

The next day, TV news reported that 100 million RMB was taken from the bank. The robbers counted and counted and counted, but they could only count 20 million RMB. The robbers were very angry and complained "We risked our lives and only took 20 million RMB, the bank manager took 80 million RMB with a snap of his fingers. It looks like it is better to be educated to be a thief!"

This is called "Knowledge is worth as much as gold !"
-------------------------------------------------

The bank manager was smiling and happy because his loss in the CINOPEC shares are now covered by this robbery.

This is called "Seizing the opportunity --> daring to take risks!"


Tuesday, 10 June 2014

GREAT WALL OF CHINA

Tatkala dipenuhi kebosanan petang tadi then tengok Running Man - Beijing Race. Filming di Beijing. Then members RM ada mission di Great Wall of China. Bila tengok tempat tu, seriously amazing. Cuba kita pikir mcmna diorg boleh hasilkan tembok yang begitu kukuh sampai ke hari ni. Sampai sekarang masih selamat dikunjungi dan menjadi tempat bersejarah dunia. Kalau dulu time belajar sejarah form 4 dikatakan tembok ni dijadikan benteng keselamatan. Panjang dia 8850 km. Kalau di Malaysia naik kereta dari Kedah ke Johor pon dah rasa jauh. Tu pon 700 km lebih. Ni pulak 8850 km. 12 kali ganda. Tak hairan lah tembok ni dibina oleh 5 dinasti. Kalau ikot sejarah tembok ni mula dibina oleh Dinasti Qin. Ramai yang mati ketika membina tembok ini. Tembok ini turut dikenali sebagai kubur terpanjang di Bumi.


http://viterbinotes.usc.edu/wp-content/uploads/2012/10/greatwall-of-china.jpg
Great Wall of China








Tak sia-sia tengok Running Man dan belajar Sejarah form 4 dulu. Saya bangga dapat Sejarah A. (haha). Just kidding. Kalau ada rezeki nak g tempat ni. Tapi yang paling utama kalau ada rezeki g Mekah dulu yer. To my dear future husband (hehe), please bring me there. It's totally awesome. 

http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-00d6-bc78-796b/the-great-wall-of-china-exceeds-31-000-miles-shanghai-china+1152_12963273815-tpfil02aw-20860.jpg

Monday, 9 June 2014

PEOPLE NOWADAYS



Yeah ! You're right, squirrel. Busy is a drug that a lot of people are addicted to. Never get so busy making a living that you forget to make a life. -xoxo-


So, the conclusion is no matter how busy you are, you should make time for the one you love. If you love someone, there is no such thing as " I'm busy" because it is really hurts. 


STRESS SEBAB KUNING JERR



Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada pelajarnya.



Guru: "Amer tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang cikgu kena lakukan."

Amer: "Baik, cikgu."
Guru: "Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail berwarna kuning di atas meja cikgu."
Amer: "Fail kuning muda atau kuning terang?"
Guru: "Kuning muda."
Amer: "Fail besar atau kecil?"
Guru: "Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail kuning. Ambil sahaja yang bewarna kuning."
Amer: "Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut kuning saja?"
Guru: "Fail kuning muda!"
Amer: "Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana cikgu?"
Guru: "???"


BELI DURIAN - XOXO





Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Pak Pandir: "Bang harga durian ini berapa?"
Orang Asli: "yang ini.. sepopit sebiji.."

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir: "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli: "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir: "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Pak Pandir.

Orang Asli: "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir: "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"





Sunday, 8 June 2014

STRESS ! STRESS !

Anyone? Try this method


BEST FRIENDS AT PALAM

Rindu dekat korang sume. Nak balik palam. (annoying)


me and housemates 



classmates paling rapat




beloved housemates 

Hope korang happy selalu. Best of luck to all of you. Take care. Semoga hidup diberkati dan dirahmati Allah SWT.

CUTI MEMBOSANKAN

Assalamualaikum semua. Start cuti dari bulan April lepas habis final Asasi Sains UiTM. Akan bercuti sampai 31 Ogos sebab 1 September kemasukan degree. Degree tak tawu lg further di mana. Stress jugak tu fikir dapat di mana. Mana-mana pon takpe la. Cuti ni tak keja pon mcm org lain. org lain sibuk g keja. Saya pulak dok rumah tgk tv. Online facebook. Tweet ! Tweet ! Nak g jalan2 parents and adik yang lain pulak sekolah. So kena tunggu time cuti sekolah la pulak. 



Cuti sekolah aritu pegi Terengganu jer. Makan- makan and shopping di Pasar Payang. Tak da beli ape2 sangat pon sbb kain-kain di situ semua bercorakkan batik. Memang tak la beli kain corak batik. Lain la kalau saya ni cikgu sekolah ke ape. Yang kena pakai tema batik setiap hari Khamis. Masa awal cuti aritu boleh dikatakan hari-hari online facebook. Tapi sekarang ni jarang dah. Sebab bosan tak tawu nak tgk apa. Nak chat nan sapa. Buka twitter on tak de benda yang menarik pon. Seminggu ni sibuk kemaskini UPU jer la. Nak isi UPU pon satu hal jugak. Tak tawu nak pilih course apa. Pointer tinggi pon tak guna jugak kalau MUET tak gempak. Adess. Adess. Nak tengok Running Man pon dah khatam semua episod. Tu jela variety show yang paling best pon. Drama korea pon dah tak tawu nak tgk citer apa. Lagu kpop yang baru pon banyak yang tak best. Tapi ada pepatah cakap mcmni. 

Wasalam. Coretan dari insan yang tersangat bosan. Haha

MONYET KE PANTAI



Di suatu kaunter pandu bayar.. sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil. Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk di situ.




Melihat cashier itu kehairanan, pemandu itu berkata: "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya. Err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum, "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo.." 

Pemandu itu tersenyum dan berkata.. "Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?" 

Beberapa bulan selepas itu.. di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu.. 

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya. 

Pemandu itu terus menjawab.. "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula."









(kuang ! kuang ! kuang !)

Saturday, 7 June 2014

DUIT RM1 HILANG !!!



Ada 3 orang sahabat karib pergi bercuti kat Pulau Tioman. Sampai di sana, dia orang pun pegi la cari resort tempat persantaian mereka untuk semalam. Cari punya cari, last-last dapat la satu resort yang sewanya cuma RM30 satu malam. 



Since mereka ni sahabat baik giler. Mereka pakat nak sewa satu bilik je dan tanpa banyak soal. Masing-masing keluarkan sorang RM10. So bila dapat kunci jer, mereka tanpa membuang masa terus jer pegi bilik. 


Lepas mereka dah pegi bilik, minah kat front office tu baru teringat resort dia tengah buat promotion. So satu bilik cuma RM25 je... 


Minah ni pun panggil bellboy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu. On the way nak pulangkan duit tu, si bell boy ni terpikir yang duit baki ada RM5... Mamat tu ada 3 org. Camna nak bagi duit tu sama rata kat dia orang? Pikir punya pikir last-last mamat ni dapat idea. Dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then baki lagi RM2... dia ambik buat beli jajan... 





Maknanya..



Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9.... 

Total mereka bayar... RM9.00 x 3 = RM27.. 

Mamat bell boy tu amik RM2.. so total semua sekali 

RM27 + RM2 = RM29

The problem now is where's another one ringgit ? Anyone solve it. 






PADAH DI ATAS POKOK



Pada suatu hari Si Madun disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Madun memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Madun. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.




Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggungjawab."

"Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Madun terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!" (tetiba jer masok line, adess ! adess !)



KRING! KRING !



Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. 




"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.


"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. 

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. 

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju. 

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. 

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku. 

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun... 

"Kringggggg...." 

"Tik..tik..tik..tik..." 

"Kring.. kring..kring.." 

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. 

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, 

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan marah.. kami potong stim. 

P/S: Buka hadiah perkahwinan sebelum tido.