Di Malaysia, kita jarang mengalami kes kebuluran, tetapi yang sering kita membazirkan makanan. Makanan merupakan sebahagian keperluan asas yang perlu dinikmati setiap pengguna, tetapi ramai orang di dunia ini tiada peluang untuk mendapatkan hak ini. Hargai makanan anda, habiskan setiap makanan. Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan. Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.
 |
mayat ibu diheret tanpa mengetahui ibunya telah mati akibat kehausan dan kelaparan di Somalia |
 |
kekurangan makanan, ubat-ubatan |
Jika kita tak mampu untuk habiskan makanan tersebut memadai hanya
memesan makanan mengikut keperluan anda. Negara lain yang turut mengalami krisis makanan adalah:
Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Chad, Congo, Korea Utara, Republik
Demokratik Congo, Eritrea, Ethiopia, Guinea, Pantai Gading, Kenya, Liberia,
Sierra Leone, Tajikistan, Uganda dan Zimbabwe .
 |
kebuluran di India |
 |
pembaziran makanan di Malaysia
|
Tatkala Rakyat Malaysia dapat menikmati makanan yang enak-enak,
pernahkah kita terkenangkan masyarakat dunia yang lain. Tetapi apabila nikmat
makanan diberikan kita pula membazirkannya. Tidakkah kita terfikir suatu hari
nanti Allah SWT menarik nikmat itu? Fikir-fikirkan lah wahai Malaysians
sekalian. Sama-sama lah kita muhasabah diri. Jangan ingat keselesaan kita di
Malaysia adalah selama-lamanya. Jadilah manusia yang bersyukur. Peringatan
kepada diri sendiri juga. -peace-. xoxo
 |
kebuluran di Somalia
|
No comments:
Post a Comment