Assalamualaikum guys. Hmmmm lama nak mengupdate. Maklum lah sis busy sikit. Banyok ni haaa benda nak kena buat. Dengan assignments nyerrr, dengan tests nyerrr, dengan kuiz mengejutnya. Life student degree ennn. Biasa lah. Nukilan pada kali ini, sis nak cerita lah serba sikit pasal life degree di Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia. Haa begitu lah nama yang diberi. Di sini lahirnya sebuah cinta. Opssss. Uishhh jangan salah paham lak. Cinta terhadap bangsa dan negara tu. Daftar 1/9/2014. And berakhir sebagai budak first year pada bila entah tarikh last. Tak berapa ingat lak. Maklum lah banyak makan semut. Jadi pelupa.
Well life sebagai seorang student degree memang mencabar lah. Tambah2 lak student engineering. Pening kepala. Masa masuk jerrr time perjumpaan mentor mentee, mentor ( senior second year) awal2 lagi dah cakap, "duduk USM ni dikkkk, susah nak dapat 3 pointer". Hakak dulu pon tak lepas2 3 pointer. Haaa begitu lah bunyi nyaaa. Tapi.... kalau dah dengar mcmtu, jangan lak give up. Benda kita tak tawu lagi mcmna. Belum cuba belum tahu. Kita usaha, kita dapat. Life is simple, dont make it complicated. (haha). Okay. Bermula lah sem 1. Uishhhh kalau nak citer pasal sem 1, masyallah mencabar gila. Sebab mencabar nyerrr dapat lecturer Geology. Nickname dia: Pak Tuan. Selama 14 minggu dalam kelas dia, sis tak tawu lah apa yg sis belajar. (sedih). Kalau orang lain cakap 'ke laut' tapi bagi sis mungkin ke tengah laut. Tunggu masa nak karam jerrr. Masuk kelas dia, bukannya belajar geology, belajar bisnes. Adudududuh. Minggu pertama okay lagi, citer pasal sedimentary rocks, metamorphic rocks. Tu pon tak habis belajar. Alih2 dah tajuk lain. Prinsip dalam kelas dia. Students dia hanya akan dapat gred C. Sebab gred A untuk Allah. Gred B sudah tentu lecturers. So kalau students tu gred C lah paling sesuai. Ingatkan dia main2 jerrrr, rupa2 nyerr betul lah. Dapat jerr result tanya kawan2 lain sume C+ ke bawah. Haih. Itu untuk cabaran sem 1.
Cabaran sem 2 lak. Ada 2 subjek killers. Thermodynamics and Strength of Materials. Sis citer pasal thermodynamics dulu. Subjek ni dia jadi susah sebab faktor lecturer gak. Bukan nak salahkan lecturer sebenarnya. Tapi itu lah kenyataan nyerrr. Lecturer lak krik krik. Dia citer apa entah dekat depan. Macam syiok sendiri. (hehe). Tapi tapi sis nak khabar, sis dapat A- subjek tu. Haha. Sebab enn, ada lah seorang penyelamat ni, uishhhhh hari2 dia study thermo. So sis pon join sekali lah dengan dia. So he's my survivor lah. Not only that, my one and only, my bestfriend, my best listener....and so on... Thanks awak. Jasa awak akan saya kenang sampai bila2. (haha). Strength of Materials lak. hurmmmmm dia tak susah tapi entah bila dapat soalan. dia jadi susah. Mungkin sebab kita tak paham konsep. Main rembat jerrr... Tapi subjek ni kena banyak buat latihan lah nyerrrr. Hari2 kena drill otak sikit jawab soalan2 past years. End of sem 2.
Conclusion: Alhamdulillah, setiap sem berjaya ditempuh dengan jayanya berkat usaha diri sendiri, pertolongan rakan-rakan, my love, moral supports from my parents. And i just did it.
Sebelum itu, nak bagi tips sikit bila jadi student degree merangkap student engineering.
- minta restu dan berkat daripada semua orang (parents, friends.... etc
- kelas or kuliah- jangan sesekali ponteng
- rajin2 lah bertanyakan lecturers. mungkin akan dapat soalan bocor sikit2. (haha)
- study group itu penting.
- fokus lebih pada study. Kalau nak aktif aktiviti luar tu, boleh.. tapi study jangan lupa. Jangan malam final baru nak buka buku. U gonna die.
No comments:
Post a Comment